MedTravel Asia https://www.medtravel.asia/ A better healthcare experience Tue, 11 May 2021 07:12:00 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.10 https://www.medtravel.asia/wp-content/uploads/2017/04/MedTravel-Asia-16-march-01-e1521461137553-63x63.jpg MedTravel Asia https://www.medtravel.asia/ 32 32 Kenapa Thailand adalah Destinasi Pilihan Teratas untuk Pelancongan Perubatan? https://www.medtravel.asia/ms/kenapa-thailand-adalah-destinasi-pilihan-teratas-untuk-pelancongan-perubatan/ https://www.medtravel.asia/ms/kenapa-thailand-adalah-destinasi-pilihan-teratas-untuk-pelancongan-perubatan/#respond Mon, 05 Nov 2018 23:57:11 +0000 http://www.medtravel.asia/?p=1470 10 Alasan Teratas untuk memilih Thailand sebagai destinasi lawatan perubatan anda Di dalam catatan blog kami yang lalu, kami telah membincangkan tentang manfaat, secara amnya, dari apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan perubatan atau lawatan perubatan. Di dalam catatan blog ini, kita akan memberikan tumpuan kepada destinasi pelancongan perubatan utama kita: Thailand. Mengapa anda memilih untuk ke […]

The post Kenapa Thailand adalah Destinasi Pilihan Teratas untuk Pelancongan Perubatan? appeared first on MedTravel Asia.

]]>
thailand beach

10 Alasan Teratas untuk memilih Thailand sebagai destinasi lawatan perubatan anda

Di dalam catatan blog kami yang lalu, kami telah membincangkan tentang manfaat, secara amnya, dari apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan perubatan atau lawatan perubatan. Di dalam catatan blog ini, kita akan memberikan tumpuan kepada destinasi pelancongan perubatan utama kita: Thailand. Mengapa anda memilih untuk ke Thailand (samaada Bangkok, Phuket atau destinasi lain yang difiturkan di laman web kami)? Apakah yang bagus tentang Thailand, hinggakan jutaan pesakit membuat keputusan (dan juga mereka yang berkeputusan begitu selama beberapa dekad sebelum ini) untuk pergi ke sana mendapatkan rawatan perubatan?

Izinkan kami berikan maklumat lanjut, berikut adalah 10 alasan utama untuk memilih Thailand sebagai destinasi pelancongan perubatan dan untuk memahami kenapa kami di MedTravel Asia, dan jutaan orang lain, menyukainya.

1. Penjimatan kos

Pembedahan pinggul (penggantian keseluruhan bahagian pinggul) yang dijalankan di Hospital Bumrungrad, Bangkok (salah satu daripada hospital bertaraf tinggi di dunia [1][2][3][4]) akan menelan belanja kira-kira AS$19,000 (termasuk yuran pembedahan, bayaran doktor, ubat-ubatan, ujian makmal, bayaran bilik…) berbanding harga min AS$53,000 (sehingga AS$105,000) untuk pembedahan yang sama di salah satu hospital Amerika Syarikat bertaraf tinggi atau AS$41,000 min harga (sehingga AS$125,000) di satu hospital Amerika Syarikat bertaraf tinggi [5][6]. Prosedur penggantian bahagian pinggul yang sama di Australia menelan belanja harga min AS$31,000 [8][9] dan kira-kira AS$25,000 di Emiriyah Arab Bersatu. Penjimatan ini mungkin sekitar 15-85% untuk sebarang prosedur perubatan yang ada, di dalam mana-mana bidang perubatan dan pembedahan.

2. Mutu rawatan yang lebih baik

Thailand adalah negara di mana tertubuhnya sebuah hospital pertama di Asia yang menerima pengiktirafan akreditasi Suruhanjaya Gabungan Antarabangsa (JCI) dalam tahun 2002. Sejak dari itu, JCI telah menganugerahkan akreditasi mereka selain daripada pensijilan lain untuk program-program rawatan khusus kepada 55 organisasi di Thailand. Banyak hospital lain juga telah menerima pensijilan ISO. Meskipun ianya bukan program akreditasi untuk hospital, ia memberikan gambaran kepada kita tentang mutu pengurusan dan konsistensi dalam pelayanan perkhidmatan. Ramai pakar-pakar perubatan telah dilatih atau belajar di luar negara di pusat-pusat perubatan terkemuka dan pengalaman antarabangsa ini mampu memberikan anda teknik-teknik terkini dan paling selamat yang ada di dunia. Juga, ramai di antara mereka juga diiktiraf badan-badan pengelola industri perubatan untuk layak bekerja di negara-negara lain (seperti Amerika Syarikat, Jepun, Britain, Australia, Jerman …). Mereka juga mahir berbahasa Bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa lain). Namun demikian, perkhidmatan penterjemahan juga sedia ada untuk mengelak dari masaalah perbezaan bahasa.

medical tourism

3. Proses pemulihan yang lebih baik

Banyak faktor yang mempengaruhi dan dapat mempercepatkan dan melancarkan proses pemulihan. Di Thailand, anda akan menikmati mutu rawatan perubatan dan kepakaran yang tinggi, antara nisbah jururawat/pesakit dan nisbah doktor/pesakit yang terbaik, bilik rawat-inap untuk pemulihan dan perkhidmatan pelanggan setaraf dengan hotel bintang lima dan faktor-faktor kritikal lain yang akan berupaya mengurangkan tahap tekanan pra-pembedahan dan pasca-pembedahan. Selain daripada itu, selepas anda dilepas pulang, anda boleh meneruskan dengan proses pemulihan anda di hotel-hotel yang menawan dan anda akan berkesempatan untuk menikmati keindahan negara Thailand. Ini bergantung pada prosedur rawatan perubatan yang anda jalani, yang mungkin memberikan sedikit limitasi. Tapi yang pastinya, ia lebih baik daripada melalui proses pemulihan di rumah, yang mempunyai beban kerja rumah dan kehidupan seharian, lantas pemberian istilah “percutian perubatan” yang kadang-kadang digunakan untuk merujuk kepada pelancongan perubatan.

4. Rawatan-rawatan khusus

Ada beberapa prosedur mungkin tidak terdapat di negara anda tetapi ada di Thailand, contohnya teknologi sistem reproduktif atau rawatan terapi sel tunjang. Ada prosedur lain secara meluas hanya diamalkan di Thailand (contohnya, rawatan Pertukaran Jantina dan prosedur-prosedur pembedahan kosmetik). Ini adalah kerana para pakar bedah di negara ini mempunyai pengetahuan dan kepakaran serta pengalaman yang tinggi kerana mereka telah memberikan rawatan kepada jumlah pesakit yang jauh lebih banyak berbanding di negara anda. Untuk rawatan lain, Thailand dan rangkaian hospital-hospitalnya mempunyai peralatan terbaik dan terkini (pembedahan robotik, rawatan kanser, rawatan anti-penuaan, …), terima kepada pelaburan awam dan swasta di dalam industri perubatan sejak sedekad yang lalu. Bilamana ia digabungkan dengan pengetahuan terkini dan kemahiran para pakar perubatan, hospital-hospital di Thailand adalah di antara yang terbaik di dunia.

5. Tempoh menunggu yang lebih singkat

Negara Thailand telah berjaya merumuskan sistem pelayanan perkhidmatan yang mempunyai waktu menunggu yang paling singkat ataupun bahkan ada yang tidak mempunyai senarai menunggu langsung . Ini akan menjimatkan masa menunggu, tekanan perasaan, terpaksa menahan kesakitan dan kemungkinan mengalami kesan-kesan negatif akibat menunggu waktu yang lama untuk mendapatkan rawatan. Mengambil rawatan menggantikan pinggul secara keseluruhan sebagai contoh sekali lagi, tempoh menunggu di Australia untuk prosedur ini adalah 69-167 hari bergantung kepada keadaan pesakit, dengan 1.7-16.2% daripada pesakit terpaksa menunggu lebih dari 365 hari! [10] Di Britain, purata masa menunggu adalah 78 hari dan di Kanada, 42-178 hari bergantung pada wilayah. [11]

6. Perkhidmatan rawat-inap yang mesra pesakit

Di Thailand, anda akan dilepas pulang pada masa yang paling sesuai untuk keadaan anda, membantu mempercepatkan kadar pemulihan anda dan mengurangkan risiko berlakunya komplikasi pasca–pembedahan. Di negara-negara lain, pihak hospital awam dan swasta serta syarikat insuran akan cenderung memendekkan waktu rawat-inap untuk menjimatkan kos operasi.

7. Pengalaman baru

Anda suka makanan? Negara Thailand mempunyai industri makanan yang luar biasa dan sentiasa berkembang. Ia adalah negara tuan rumah kepada beberapa restoran yang terunggul di Asia dan di Dunia, dengan pelbagai pilihan sajian. Anda ingin merasa bertenaga, bermeditasi dan bertafakur ala Buddha Thailand? Bangkok sendiri mempunyai lebih daripada 400 kuil Buddha. Anda suka cuaca tropika dan pantai? Anda akan dapati yang terbaik di dunia di Thailand. Anda mempunyai banyak sebab untuk melancong ke negara ini, menikmati pelbagai pengalaman dan bermacam-macam jenis makanan. Semuanya ini, anda boleh menikmati bersama teman perjalanan anda atau dengan ahli-ahli kumpulan rombongan anda.

thailand temple

8. Prosedur imigresen yang mudah

Pemegang pasport dari 49 negara dibenarkan untuk melawat Thailand sehingga 15-30-90 hari tanpa perlu memohon visa (Skim Pengecualian Visa). Sejak tahun 2013, para pelancong dari Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriyah Arab Bersatu dibenarkan untuk melawat Thailand untuk rawatan perubatan sehingga 90 hari tanpa visa [7].

9. Rangkaian Perkhidmatan

Banyak negara menawarkan rawatan perubatan khusus untuk pelancong perubatan, tetapi mereka biasanya tertumpu pada rawatan tertentu dan biasanya lebih fokus kepada bidang pembedahan plastik (seperti negara Turki untuk rawatan pemindahan rambut, Eropah Timur untuk rawatan pergigian, Amerika Selatan untuk pembedahan kosmetik). Di Thailand, banyak hospital dan klinik swasta dengan struktur dan peralatan inovatif mereka berupaya menyediakan khidmat para pakar perubatan yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang kepakaran di bawah satu bumbung. Ini membolehkan anda untuk menjalani beberapa prosedur rawatan tanpa perlu berpindah dari satu negara ke negara lain. Juga, sepertimana yang telah kami nyatakan, dan kami tidak akan berhenti mengulanginya, kualiti rawatan perubatan di negara Thailand bukanlah pada tahap purata atau di bawah purata, sebaliknya ia adalah pada tahap atas purata dan pada umumnya adalah yang terbaik!

10. Layanan Istimewa Budaya Thailand

Perkhidmatan pelanggan adalah permata mahkota untuk industri perubatan Thailand dan negara Thailand, secara umumnya. Itulah sebabnya, ia sering dikenali sebagai “Negara Penuh Senyuman“. Sama ada anda berada di hospital atau di klinik, di hotel, di restoran, di jalanraya, di dalam pesawat, di pusat membeli-belah, … anda akan dikelilingi oleh orang-orang yang benar-benar suka tersenyum, baik hati, suka membantu dan bersikap peduli dengan orang lain. Sebagai salah sebuah negara yang paling banyak dikunjungi pelancong  di dunia, dengan lebih daripada 35 juta pelancong antarabangsa memilih Thailand sebagai destinasi pelancongan mereka, negara Thailand akan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam industri perhotelan.


[1] Forbes.com: goo.gl/SWMqqY

[2] Therichest.com: https://goo.gl/7Q0M36

[3] Topmastersinhealthcare.com: https://goo.gl/HLRhCt

[4] Ontoplist.com: https://goo.gl/ocFqFl

[5] Bumrungrad.com: https://goo.gl/l5CkN3

[6] JAMA (The Journal of the American Medical Association):  https://goo.gl/siGUCY

[7] ITMJ (International Medical Travel Journal): https://goo.gl/i5Y7MS

[8]Surgeons.org 

[9]The Medical Journal of Australia 

[10] http://www.quotidianosanita.it/allegati/allegato2476022.pdf

[11] https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0168851013001759

The post Kenapa Thailand adalah Destinasi Pilihan Teratas untuk Pelancongan Perubatan? appeared first on MedTravel Asia.

]]>
https://www.medtravel.asia/ms/kenapa-thailand-adalah-destinasi-pilihan-teratas-untuk-pelancongan-perubatan/feed/ 0
Apakah itu lawatan perubatan? 9 alasan utama untuk anda merentas sempadan untuk mendapatkan rawatan perubatan! https://www.medtravel.asia/ms/apakah-itu-lawatan-perubatan-9-alasan-utama-untuk-anda-merentas-sempadan-untuk-mendapatkan-rawatan-perubatan/ https://www.medtravel.asia/ms/apakah-itu-lawatan-perubatan-9-alasan-utama-untuk-anda-merentas-sempadan-untuk-mendapatkan-rawatan-perubatan/#comments Mon, 05 Nov 2018 23:08:41 +0000 http://www.medtravel.asia/?p=1463 Lawatan perubatan, percutian perubatan, pelancongan perubatan, pelancongan kesihatan, perjalanan kesihatan, … adalah istilah-istilah yang berbeza yang merujuk kepada konsep yang sama. Apakah itu lawatan perubatan? Lawatan perubatan adalah tindakan seseorang melakukan lawatan ke luar negara untuk menjalani rawatan perubatan. Rawatan boleh dalam bentuk rawatan pergigian hinggalah ke pembedahan, prosedur anti-penuaan, ubat pencegahan jangkitan penyakit, ujian […]

The post Apakah itu lawatan perubatan? 9 alasan utama untuk anda merentas sempadan untuk mendapatkan rawatan perubatan! appeared first on MedTravel Asia.

]]>
medical tourism

Lawatan perubatan, percutian perubatan, pelancongan perubatan, pelancongan kesihatan, perjalanan kesihatan, … adalah istilah-istilah yang berbeza yang merujuk kepada konsep yang sama.

Apakah itu lawatan perubatan?

Lawatan perubatan adalah tindakan seseorang melakukan lawatan ke luar negara untuk menjalani rawatan perubatan. Rawatan boleh dalam bentuk rawatan pergigian hinggalah ke pembedahan, prosedur anti-penuaan, ubat pencegahan jangkitan penyakit, ujian diagnostik perubatan atau bahkan rawatan-rawatan yang berkaitan dengan kesejahteraan hidup (meditasi, terapi fizikal, rawatan psikologi, rawatan ketagihan, rawatan kerohanian, dan sebagainya).

Di masa lalu, lawatan perubatan biasanya melibatkan perjalanan ke negara-negara dunia ketiga yang seringkali dikritik oleh kebanyakan para profesional dalam bidang perubatan, sebagai negara-negara yang mempunyai mutu industri kesihatan yang rendah, keadaan kemudahan-kemudahan hospitalnya tidak bersih dan para pembedah yang kurang terlatih menjalankan prosedur pembedahan, lantas membahayakan para pesakit. Kini, situasinya tidak lagi begitu, malah sebaliknya jika anda tahu

  • di mana untuk mendapatkan rawatan yang anda inginkan
  • bagaimana untuk memilih pakar bedah dan klinik.

Pelancongan perubatan dilakukan untuk pelbagai sebab, tetapi di sini dinyatakan 9 alasan utama oleh kami, untuk anda ke luar negara bagi mendapatkan rawatan perubatan. Sila baca lebih lanjut!

1. Penjimatan kos

Bergantung pada negara anda bermastautin, rawatan yang anda perlukan, samaada anda dilindungi insuran kesihatan, tidak dilindungi insuran kesihatan, anda boleh menikmati penjimatan sehingga 85% dari kos rawatan yang dikenakan di negara anda jika anda mendapatkan rawatan perubatan di luar negara.

2. Rawatan-rawatan yang terkecuali

Meskipun anda memiliki insuran perubatan, ini tidak bermakna anda akan menikmati rawatan perubatan percuma keseluruhannya: polisi insuran perubatan anda mungkin tidak melindungi anda untuk beberapa keadaan penyakit dan rawatan perubatan. Oleh itu, percutian perubatan akan memberikan penjimatan kos rawatan. Pengecualian beberapa keadaan penyakit dan rawatan perubatan di dalam insuran perubatan mungkin juga berlaku di negara-negara yang mempunyai sistem kesihatan yang menyeluruh.

3. Mutu rawatan kesihatan yang lebih baik

Mutu kemudahan, peralatan, kepakaran dan pengalaman doktor, serta nisbah jururawat/pesakit dan nisbah doktor/pesakit, dan banyak parameter lain yang setara atau mengatasi apa yang terdapat di negara anda.

4. Proses pemulihan yang lebih baik

Kualiti makanan, kualiti penjagaan, nisbah pengamal perubatan-pesakit (kadar komplikasi rendah, penerimaan pesakit yang lebih tinggi dan tahap tekanan yang lebih rendah untuk pesakit dan doktor/jururawat), selang waktu di antara masuk dan keluar hospital (pihak insuran dan hospital awam cenderung mengurangkan masa rawatan pesakit yang menginap untuk menjimatkan kos operasi), mutu persekitaran ketika fasa pemulihan (suasana dan persekitaran yang senyap dan selesa serta tahap tekanan yang rendah) dan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi pemulihan anda, yang berbintang 5 di dalam senarai destinasi lawatan perubatan terpilih kami.

5. Rawatan-rawatan khusus

Sesetengah prosedur perubatan mungkin tidak tersedia di negara anda tetapi mungkin ada di destinasi lawatan perubatan pilihan kami, sebagai contoh, beberapa jenis teknologi sistem reproduktif atau rawatan terapi sel tunjang. Ada juga beberapa prosedur lain diamalkan secara meluas (antaranya Prosedur Pernukaran Kelamin di Thailand atau Rekonstruksi Kontur Muka di Korea Selatan). Memandangkan pelayanan kepada pesakit berkadar tinggi di negara-negara tersebut, tahap pengetahuan, kepakaran dan pengalaman pakar-pakar bedahnya adalah lebih tinggi daripada pakar-pakar bedah di negara anda.

6. Tempoh menunggu yang lebih singkat

Bergantung pada negara asal anda dan sistem perubatannya, keadaan kesihatan anda atau rawatan perubatan yang anda cari, insuran perubatan anda, … anda mungkin perlu menunggu berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun untuk menjalani prosedur perubatan tertentu. Untuk menyelesaikan masalah perubatan anda dengan kadar segera tanpa perlu bertahan dengan keadaan perubatan anda dalam masa yang lama disebabkan oleh cara sistem industri perubatan berjalan, untuk tidak lagi merasa tertekan menunggu, untuk tidak merasa tertekan dalam ketidakpastian, menderita sakit yang berpanjangan dan isu-isu fizikal… destinasi-destinasi rawatan perubatan terpilih kami, yang mempunyai senarai menunggu yang pendek ataupun tidak mempunyai senarai menunggu langsung, mungkin dapat memudahkan proses perawatan anda dan juga dengan kadar segera.

7. Perkhidmatan rawat-inap yang mesra pesakit

Insuran kesihatan serta hospital awam cenderung melepas pulang para pesakit secepat mungkin untuk mengurangkan kos operasi, yang kadangkala boleh dikatakan terlalu cepat. Di destinasi-destinasi rawatan perubatan terpilih kami, anda akan dilepas pulang pada masa yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan anda, yang mana akan membantu mempercepatkan kadar pemulihan anda dan mengurangkan kemungkinan berlakunya komplikasi pasca-pembedahan.

8. Pengalaman baru

Ingin mencuba sesuatu yang berbeza, menikmati melawat negara yang tidak pernah anda lawati, buah-buahan eksotik, pantai-pantai, membeli-belah, bersiar-siar? Bergantung pada prosedur perubatan yang anda cari, anda mungkin mempunyai masa terluang dan peluang untuk menikmati destinasi lawatan perubatan pilihan anda, menjadikan pengalaman yang selalunya tidak menyenangkan, seperti rawat-inap di sebuah hospital, satu pengalaman yang lebih menyeronokkan, kurang tekanan dan secara keseluruhannya sesuatu yang positif, untuk anda dan teman lawatan perubatan anda.

9. Privasi

Kebanyakan orang, terutamanya mereka yang menjalani prosedur kosmetik, mementingkan privasi mereka dan tidak suka dilihat oleh kenalan, rakan sekerja, rakan atau keluarga dalam keadaan berbalut balutan luka, mempunyai kesan-kesan lebam dan jahitan. Sesetengah orang tidak mahu mendedahkan kepada orang lain bahawa mereka telah menjalani prosedur pembedahan dan ingin menyembunyikannya sehinggalah tanda-tanda pembedahan tersebut hilang. Ramai orang berasa tidak selesa meskipun untuk pergi membeli barangan keperluan dapur sewaktu dalam proses penyembuhan. Mereka tidak mahu dilihat oleh sesiapa pun. Di negara lain, seorang individu di dalam keadaan yang sama mungkin tidak terlalu peduli jika dia dilihat orang lain yang tidak dikenali. Apapun alasannya, adalah sangat tidak mungkin untuk anda bertemu dengan seseorang yang anda kenal dari negara/bandar asal anda, di lokasi yang beribu-ribu kilometer jauhnya. Oleh itu, lawatan perubatan adalah pilihan yang sesuai bagi mereka menginginkan privasi ketika dalam rawatan atau pemulihan.

The post Apakah itu lawatan perubatan? 9 alasan utama untuk anda merentas sempadan untuk mendapatkan rawatan perubatan! appeared first on MedTravel Asia.

]]>
https://www.medtravel.asia/ms/apakah-itu-lawatan-perubatan-9-alasan-utama-untuk-anda-merentas-sempadan-untuk-mendapatkan-rawatan-perubatan/feed/ 1
Botox: Kosmetik Menggunakan Botulinum Toxin https://www.medtravel.asia/ms/botox-kosmetik-menggunakan-botulinum-toxin/ https://www.medtravel.asia/ms/botox-kosmetik-menggunakan-botulinum-toxin/#respond Thu, 11 Oct 2018 19:13:46 +0000 http://www.medtravel.asia/?p=1394 Pengenalan dan Sejarah Botulinum Toxin (BTX) dianggap sebagai salah satu yang paling beracun bahan-bahan biologi. Ia dihasilkan oleh sebuah anaerobik bakteria gram-positif, Clostridium Botulinum, yang berlaku secara semulajadi dalam tanah, air, tumbuh-tumbuhan dan saluran pencernaan haiwan. Perkataan botulinum berasal daripada Latin “Botulus”, sosej, kerana ia adalah penyakit pertama digambarkan oleh doktor Jerman secara penyakit makanan […]

The post Botox: Kosmetik Menggunakan Botulinum Toxin appeared first on MedTravel Asia.

]]>

Pengenalan dan Sejarah

Botulinum Toxin (BTX) dianggap sebagai salah satu yang paling beracun bahan-bahan biologi. Ia dihasilkan oleh sebuah anaerobik bakteria gram-positif, Clostridium Botulinum, yang berlaku secara semulajadi dalam tanah, air, tumbuh-tumbuhan dan saluran pencernaan haiwan. Perkataan botulinum berasal daripada Latin “Botulus”, sosej, kerana ia adalah penyakit pertama digambarkan oleh doktor Jerman secara penyakit makanan pada awal abad ke-19.

Bidang perubatan menggunakan toksin yang suci ini daripada Botulinum Toxin Jenis A (atau BTX-A atau BoNT-A), mulai di awal ’80-an dan sejak itu ia mulai untuk digunakan sebagai pelbagai rawatan di antara banyak yang berbeza kepakaran perubatan.

Ia telah disetujui oleh FDA pada tahun 2002 untuk kegunaan kosmetik dan permohonan berkembang secara meluas-luas sejak itu. Menurut Persatuaan Amerika Kepakaran Pembedahan Plastik (ASPS), Botox adalah paling tinggi prosedur minimal dilakukan di Amerika pada tahun 2017 dengan lebih 7.2 juta rawatan dan kira-kira 46% prosedur minimal yang dilakukan.

Sejak tahun 2010, perkataan neuromodulator telah menjadi semakin meluas dan kontemporari daripada menggunakan perkataan neurotoxin; kerana ia bukan ubat yang beracun kepada sel-sel, ia hanya mengubah cara isyarat dijalankan antara saraf dan otot.

Mekanisme

Botulinum menghalang atau mengurangkan isyarat sementara bahawa kontrak dari saraf ke otot dalam kawasan permohonan.

Jenis Kedutan

Tidak semua kedutan yang sama:

  • Kedutan mampatan. Kebanyakannya disebabkan oleh beban kepala menekan wajahmu pada bantal semasa bertidur.
  • Kedutan gravitasi disebabkan oleh gravitasi dan ia menolak tisu ke bawah, terutamanya disebabkan oleh penuaan dan kehilangan isi di bawah kulit. Kedutan dalam kes ini akan menempat di bawah kawasan terjejas.
  • Kedutan elastotic disebabkan oleh kehilangan kekenyalan dan kerosakan kulit daripada matahari.
  • Kedutan atropik sama dengan elastotic dan disebabkan oleh kehilangan struktur kolagen  di bawah kulit terutamanya fisiologi penuaan.
  • Kedutan dinamik (alias kedutan ekspresi) disebabkan oleh berterusan dan berulang-ulang kontraksi otot dari semasa ke semasa.

Mereka berbeza etiologi (mekanisme asal), lokasi dan arah serta kehadiran pada wajah kita seperti satu kombinasi. Oleh itu, rawatan berbeza dan gabungan rawatan diperlukan untuk menjaga situasi yang berbeza.

Kedutan dinamik menghasilkan keputusan yang terbaik apabila menggunakan Botox sebagai rawatan dan pencegahan rawatan.

Pengubatan lain untuk kedutan kulit adalah terkelupas, pengisi, laser, lifting muka dan lain-lain. Tetapi ia akan dibahas dalam rencana lain.

Tanda-Tanda Kosmetik

Platysmal band (leher turki) dan leher penuaan, dagu popply, memperbesar masseter, garisan di sekeliling mulut, lipatan di mulut, garisan melomental, garisan hidung (garisan bunny), kompleks berkerut di glabellar dan garisan tepi mata, dan garisan dahi.

Tidak Sesuai

Suntikan Botox yang tidak sesuai secara mutlak kepada orang-orang yang terlibat dengan gangguan saraf, atau alergi dengan apa-apa bahan di BoTX-A (seperti laktosa atau albumin manusia), atau berjangkit di tempat suntikan, atau wanita mengandung dan laktasi (Ubat Kat. C kehamilan).

Tidak kesesuaian secara relatif (disarankan dengan berhati-hati), antara orang-orang dengan kecacatan pembekuan atau menggunakan ubat anti-koagulan seperti warfarin dan juga ubat-ubatan lain yang memberi kesan BTX seperti aminoglycosides atau penghalang saluran kalsium. Perundingan pra-rawatan dan informasi tentang kebenaran akan dijalankan dengan semua ini serta pastikan rawatan tersebut selamat dan realistik.

Tanda-Tanda Lain

Ia adalah sangat berkesan terhadap hiperhidrosis (berpeluh berlebihan) seperti di ketiak atau tangan dan melawan sakit kepala ketegangan.

Tempoh Berkesan

Bergantung pada kawasan dirawat dan setiap pesakit, kesannya haruslah dilihat selepas 1-3 hari dan kesan maksima akan berwujud selepas 10-14 hari. Ia disangka untuk bertahan selama 3-6 bulan. Penggunaan berulang-ulang boleh menyebabkan kesan tersebut bertahan lebih lama.

Komplikasi, Risiko dan Kesan Buruk

Rawatan botox agak selamat apabila dilakukan oleh doktor yang berpengalaman.

Kemungkinan kesan buruk di kawasan dirawat ialah sakit, bengkak dan memar. Sakit kepala, kelelahan kelopak mata, kening tidak rata, mata kering atau mengeluarkan air mata berlebihan.

Walaubagaimanapun tidak mungkin dengan kesan buruk ini, beberapa kesan serupa dengan botulism mungkin berwujud, seperti kelemahan otot, masalah penglihatan, masalah pernafasan atau bercakap.

Sebagai rawatan sementara, kesan buruk pun sementara juga.

The post Botox: Kosmetik Menggunakan Botulinum Toxin appeared first on MedTravel Asia.

]]>
https://www.medtravel.asia/ms/botox-kosmetik-menggunakan-botulinum-toxin/feed/ 0
Penuaan Kulit Wajah https://www.medtravel.asia/ms/penuaan-kulit-wajah/ https://www.medtravel.asia/ms/penuaan-kulit-wajah/#respond Thu, 11 Oct 2018 19:00:52 +0000 http://www.medtravel.asia/?p=1387 […]For humans, faces are among the most important visual stimuli, a fact that becomes apparent in social settings – as a species we are constantly, almost obsessively, monitoring each other’s faces, paying close attention to subtle details that can give some insight into the emotional state, level of engagement, or object of attention of our […]

The post Penuaan Kulit Wajah appeared first on MedTravel Asia.

]]>
[…]For humans, faces are among the most important visual stimuli, a fact that becomes apparent in social settings – as a species we are constantly, almost obsessively, monitoring each other’s faces, paying close attention to subtle details that can give some insight into the emotional state, level of engagement, or object of attention of our associates. […]¹

Terdapat banyak pengajian sosial, antropologi, tingkah laku, evolusi dan psikologi yang fokus pada wajah manusia, iaitu persepsi dan peranan dalam masyarakat ini. Dalam rencana ini, kita tidak akan bicara tentang perkara itu, tetapi kita akan membincangkan proses penuaan kulit wajah dari segi fisiologi. Kutipan ini mengingatkan kita betapa pentingnya wajah kita: walaupun kecantikan dalaman yang lebih utama dan sebagai jenis kecantikan yang tidak pudar dengan penuaan, kecantikan luar pun mengaruhkan kita secara kehidupan jauh ke dalam pada setiap hari. Secara tidak hairan bahawa begitu banyak orang sentiasa mencari cara-cara untuk memperbaiki wajah mereka.

Truck driver showing the effects of exposing only half his face to the sun for over 28 years. “Images in clinical medicine. Unilateral dermatoheliosis.” Jennifer R.S. Gordon, M.D., and Joaquin C. Brieva, M.D. N Engl J Med. 2012 Apr 19;366(16):e25. doi: 10.1056/NEJMicm1104059.

Penuaan adalah proses fisiologi yang berlaku disebabkan oleh kehilangan jumlah dan sokongan mekanikal daripada tisu-tisu. Mengapakah ia terjadi sebegitu? Proses ini belum difahami sepenuhnya, tetapi ia boleh dirumuskan secara:

  • Perubahan dalam hasil hormon (seperti semasa menopause, estrogen penurunan manakala androgen peningkatan menyebabkan perubahan kulit dan epidermis)
  • Menurun metabolisme yang menyebabkan lemak disimpan di tempat-tempat yang tidak diinginkan
  • Menurun lemak bawah kulit menjejaskan sokongan mekanikal
  • Otot atrophi mempengaruhi jumlah dan sokongan daripada tisu-tisu
  • Meresapi tulang mempengaruhi jumlah dan sokongan daripada tisu-tisu
  • Menurun kapasiti proliferasi selular
  • Menurun pembaikan DNA selular
  • Penuaan
  • Kelemahan tisu-tisu menyebabkan struktur lemah seperti hujung hidung
  • Pertumbuhan tulang rawan, seperti rawan telinga yang menyebabkan telinga kurang tenang

Semua perubahan ini dari segi jumlah, bentuk dan konsisten tisu-tisu menyumbang pada wajah kita ketika kita menjadi lebig tua. Beberapa faktor genetik mempengaruhi cara kita berusia serta ketika kita berusia.

Penuaan juga boleh dipercepatkan oleh faktor-faktor, terutamanya faktor lingkungan dan pilihan gaya hidup seperti:

  • Sinar matahari (sinar UV-A, UV-B dan UV-C)
  • Penyalahgunaan etanol
  • Penyalahgunaan dadah
  • Penggunaan tembakau
  • Tekanan emosi
  • Kurang Tidur
  • Pencemaran
  • Pendedahan ozon
  • Diet tidak seimbang

Di sini kita memainkan peranan besar pada wajah kita ketika kita menjadi lebih tua. Dan di sini juga kita membuat keputusan dengan pilihan yang mudah dan langkah-langkah:

Menggunakan perlindungan matahari setiap hari boleh memberi perbezaan yang besar pada wajah kita. Kita tidak harus memikirkan tentang perlindungan matahari sahaja apabila pergi ke pantai! UVC adalah faktor penting dalam kejahatan kulit. Gunakan ia setelah berenang, berolahraga ataupun terdedah dalam masa yang panjang. Menggunakan pakaian perlindungan seperti cermin mata hitam dan topi juga.

Menurunkan pengambilan alkohol. Alkohol memberi kerosakan dan sampai ke setiap sel dalam tubuh kita.

Berhenti merokok. Bukan hanya untuk kebaikan kulit anda, tetapi untuk memperkecil risiko penyakit yang kita dan orang-orang di sekitar kita.

Menangani stres dengan cara yang betul (meditasi, yoga, berlari, berbual dengan teman, makan makanan berharga, … terdapat banyak cara untuk elakkan daripada tekanan)

Cubalah tidur 9 jam setiap malam. Seluruh tubuh dan sistem akan mendapat manfaat daripada tersebut.

Gunakan pembersihan dan pelembab kosmetik yang mudah, cepat dan murah untuk membuang pencemaran daripada kulit kita dan memulihkan fungsi halangannya.

Makan vitamin anda! Antioksidan memainkan peranan besar dalam pertempuran radikal bebas, seperti spesies oksigen reaktif (SOR) berbahaya dihasilkan oleh faktor-faktor dalam senarai yang menyebabkan penuaan.

Pilihan Bukan Pembedahan

Pada zaman ini, tidak ada rawatan untuk membalikkan penuaan, tetapi kami mendapati banyak cara untuk mengurangkan proses dan mengatasi perubahan wajah penuaan dengan perubatan dan prosedur pembedahan:

Rawatan bukan pembedahan termasuk:

Kita akan menulis tentang semua rawatan tersebut di rencana yang berikutnya.

 


¹ A Comparative View of Face Perception
David A. Leopold and Gillian Rhodes
J Comp Psychol. 2010 Aug; 124(3): 233–251
PMID: 20695655

² Sila ambil perhatian. Keselamatan pesakit kami utamakan. Oleh sedemikian, kami tidak menyokong kegunaan pengisi sintetik. Keputusan percubaan klinik masih belum diterbitkan dalam kesusasteraan perubatan dan dokumen tertakluk topik tersebut tidak dapat dipasti lagi. Selain itu, data dan statistik doktor yang kami perolehi masih tidak lengkap dan kami perlu masa yang lebih untuk menyelidiki dan menilai perkara tersebut sebelum merestui prosedur ini berdasarkan surgeon-by-surgeon. Beberapa kesan buruk telah dilaporkan iaitu penggumpalan, granuloma, migrasi, kebekuan dan kecacatan.

The post Penuaan Kulit Wajah appeared first on MedTravel Asia.

]]>
https://www.medtravel.asia/ms/penuaan-kulit-wajah/feed/ 0
Pengisi Asid Hyaluronik: Kosmetik Menggunakan HA https://www.medtravel.asia/ms/pengisi-asid-hyaluronik-kosmetik-menggunakan-ha/ https://www.medtravel.asia/ms/pengisi-asid-hyaluronik-kosmetik-menggunakan-ha/#respond Thu, 11 Oct 2018 18:43:43 +0000 http://www.medtravel.asia/?p=1381 Pengenalan dan Sejarah Pengisi suntikan bermula sejauh-jauh abad ke-19. Pada awalnya, minyak mineral seperti parafin digunakan sebagai tujuan kosmetik dan pembinaan semula. Komplikasi untuk menggunakan bahan-bahan ini ada ditentu sebagai: granuloma, nekrosis, dan jangkitan antara orang lain. Bahan-bahan lain digunakan seperti silikon, telah diharamkan kerana ia berbahaya dan menyebabkan kerugian di seluruh dunia ini. Di […]

The post Pengisi Asid Hyaluronik: Kosmetik Menggunakan HA appeared first on MedTravel Asia.

]]>

Pengenalan dan Sejarah

Pengisi suntikan bermula sejauh-jauh abad ke-19. Pada awalnya, minyak mineral seperti parafin digunakan sebagai tujuan kosmetik dan pembinaan semula. Komplikasi untuk menggunakan bahan-bahan ini ada ditentu sebagai: granuloma, nekrosis, dan jangkitan antara orang lain.

Bahan-bahan lain digunakan seperti silikon, telah diharamkan kerana ia berbahaya dan menyebabkan kerugian di seluruh dunia ini. Di Amerika Syarikat dan negara-negara lain, silikon masih diluluskan oleh FDA, tetapi hanya untuk pemisahan retina. Namun mereka masih mengguna secara berterusan di negara-negara yang belum diharamkan.

Asid Hyaluronik (HA) ditemui pertama sekali dan dibincang pada tahun 1930-an. Ini adalah bahan yang hadir di semua vertebrata dan beberapa spesies bakteri dan nematoda juga.

Ia telah menggoncangkan bidang perubatan estetika kerana keputusan yang hebat telah disediakan, profil keselamatan dan kurangkan masa rehat selepas prosedur dilakukan pada pesakit. Kira-kira 80% daripada pengisi suntikan di seluruh dunia adalah berdasarkan HA.

Mekanisme

Asid Hyaluronik (HA) cepat dipecahkan oleh badan manusia dalam masa 24-48 jam dan membentuk air dan karbon dioksida. Bagi mencegah situasi ini, teknik kejuruteraan proprietari (cross-linking molekul) telah dibangunkan supaya bertahan lebih lama.

HA mengikat air lebih daripada 1000 kali ganda beratnya dan itu menjadikan jumlah yang harus disuntik.

Tanda-Tanda Kosmetik

Yang seperti dijelaskan dalam rencana sebelum ini, bukan semua kedutan yang sama. Asid Hyaluronik sangat efektif terhadap kedutan yang dihasilkan oleh kehilangan bahan-bahan di bawah kulit. Ia berkesan dan digunakan secara tujuan membentuk dan mengilustrasi.

Berikut adalah aplikasi yang paling biasa: garisan halus di wajah, kompleks berkerut di glabella, garisan dan lipatan di sekeliling mata dan mulut, garisan boneka, lipatan nasolabial, membentuk hidung, pembesaran dagu, rawatan parut (jerawat, trauma, dan lain-lain), pembesaran pipi dan lekuk temporal, ketinggian brow, pembesaran dan pembentukan bibir, palung air mata.

Tidak Sesuai

Alergi parah, anafilaksis dan gangguan pendarahan sejak dahulu, pra-wujud jangkitan di kawsan suntikan. Perundingan pra-rawatan dan informasi tentang kebenaran akan dijalankan dengan semua ini serta pastikan rawatan tersebut selamat dan realistik.

Tanda-Tanda Lain

Sindrom lipodystrophy.

Tempoh Berkesan

Berbeza dengan setiap individu dan itu adalah dijangka oleh pengisi HA di dalam badan. Kawasan dirawat juga memberi kesan pada tempoh tertentu: Kelebihan gerakan (seperti bibir), kekurangan berkesan. Kekurangan gerakan (seperti Zygoma), kelebihan berkesan. Secara umum, ia dijangka untuk bertahan antara 3-12 bulan bergantung pada produk digunakan dan kawasan dirawat.

Komplikasi, Risiko dan Kesan Buruk

Walaupun tidak mungkin, tetapi ia juga mempunyai kemungkinan komplikasi dan kesan buruk sebagai rawatan.

Sakit, bengkak, memar, reaksi hipersensitif, granulomas, kebekuan dan penempatan yang tidak sesuai telah dilaporkan dalam buku sastera. Beberapa kes tersebut telah diselesaikan tanpa campur tangan dalam tempoh yang singkat. Hyaluronidase (enzim yang dapat memecah HA untuk memudahkan penghapusan) sudah bersedia sebagai rawatan yang baik dan ia bergantung pada kesan buruk.

Pengisi suntikan adalah seni dan ilmu pengetahuan. Doktor yang berilmu dan berpengalaman akan meningkatkan keputusan dan meminimalkan risiko semasa menjalankan rawatan.

The post Pengisi Asid Hyaluronik: Kosmetik Menggunakan HA appeared first on MedTravel Asia.

]]>
https://www.medtravel.asia/ms/pengisi-asid-hyaluronik-kosmetik-menggunakan-ha/feed/ 0