Lawatan perubatan, percutian perubatan, pelancongan perubatan, pelancongan kesihatan, perjalanan kesihatan, … adalah istilah-istilah yang berbeza yang merujuk kepada konsep yang sama.
Table of Contents
Apakah itu lawatan perubatan?
Lawatan perubatan adalah tindakan seseorang melakukan lawatan ke luar negara untuk menjalani rawatan perubatan. Rawatan boleh dalam bentuk rawatan pergigian hinggalah ke pembedahan, prosedur anti-penuaan, ubat pencegahan jangkitan penyakit, ujian diagnostik perubatan atau bahkan rawatan-rawatan yang berkaitan dengan kesejahteraan hidup (meditasi, terapi fizikal, rawatan psikologi, rawatan ketagihan, rawatan kerohanian, dan sebagainya).
Di masa lalu, lawatan perubatan biasanya melibatkan perjalanan ke negara-negara dunia ketiga yang seringkali dikritik oleh kebanyakan para profesional dalam bidang perubatan, sebagai negara-negara yang mempunyai mutu industri kesihatan yang rendah, keadaan kemudahan-kemudahan hospitalnya tidak bersih dan para pembedah yang kurang terlatih menjalankan prosedur pembedahan, lantas membahayakan para pesakit. Kini, situasinya tidak lagi begitu, malah sebaliknya jika anda tahu
- di mana untuk mendapatkan rawatan yang anda inginkan
- bagaimana untuk memilih pakar bedah dan klinik.
Pelancongan perubatan dilakukan untuk pelbagai sebab, tetapi di sini dinyatakan 9 alasan utama oleh kami, untuk anda ke luar negara bagi mendapatkan rawatan perubatan. Sila baca lebih lanjut!
1. Penjimatan kos
Bergantung pada negara anda bermastautin, rawatan yang anda perlukan, samaada anda dilindungi insuran kesihatan, tidak dilindungi insuran kesihatan, anda boleh menikmati penjimatan sehingga 85% dari kos rawatan yang dikenakan di negara anda jika anda mendapatkan rawatan perubatan di luar negara.
2. Rawatan-rawatan yang terkecuali
Meskipun anda memiliki insuran perubatan, ini tidak bermakna anda akan menikmati rawatan perubatan percuma keseluruhannya: polisi insuran perubatan anda mungkin tidak melindungi anda untuk beberapa keadaan penyakit dan rawatan perubatan. Oleh itu, percutian perubatan akan memberikan penjimatan kos rawatan. Pengecualian beberapa keadaan penyakit dan rawatan perubatan di dalam insuran perubatan mungkin juga berlaku di negara-negara yang mempunyai sistem kesihatan yang menyeluruh.
3. Mutu rawatan kesihatan yang lebih baik
Mutu kemudahan, peralatan, kepakaran dan pengalaman doktor, serta nisbah jururawat/pesakit dan nisbah doktor/pesakit, dan banyak parameter lain yang setara atau mengatasi apa yang terdapat di negara anda.
4. Proses pemulihan yang lebih baik
Kualiti makanan, kualiti penjagaan, nisbah pengamal perubatan-pesakit (kadar komplikasi rendah, penerimaan pesakit yang lebih tinggi dan tahap tekanan yang lebih rendah untuk pesakit dan doktor/jururawat), selang waktu di antara masuk dan keluar hospital (pihak insuran dan hospital awam cenderung mengurangkan masa rawatan pesakit yang menginap untuk menjimatkan kos operasi), mutu persekitaran ketika fasa pemulihan (suasana dan persekitaran yang senyap dan selesa serta tahap tekanan yang rendah) dan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi pemulihan anda, yang berbintang 5 di dalam senarai destinasi lawatan perubatan terpilih kami.
5. Rawatan-rawatan khusus
Sesetengah prosedur perubatan mungkin tidak tersedia di negara anda tetapi mungkin ada di destinasi lawatan perubatan pilihan kami, sebagai contoh, beberapa jenis teknologi sistem reproduktif atau rawatan terapi sel tunjang. Ada juga beberapa prosedur lain diamalkan secara meluas (antaranya Prosedur Pernukaran Kelamin di Thailand atau Rekonstruksi Kontur Muka di Korea Selatan). Memandangkan pelayanan kepada pesakit berkadar tinggi di negara-negara tersebut, tahap pengetahuan, kepakaran dan pengalaman pakar-pakar bedahnya adalah lebih tinggi daripada pakar-pakar bedah di negara anda.
6. Tempoh menunggu yang lebih singkat
Bergantung pada negara asal anda dan sistem perubatannya, keadaan kesihatan anda atau rawatan perubatan yang anda cari, insuran perubatan anda, … anda mungkin perlu menunggu berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun untuk menjalani prosedur perubatan tertentu. Untuk menyelesaikan masalah perubatan anda dengan kadar segera tanpa perlu bertahan dengan keadaan perubatan anda dalam masa yang lama disebabkan oleh cara sistem industri perubatan berjalan, untuk tidak lagi merasa tertekan menunggu, untuk tidak merasa tertekan dalam ketidakpastian, menderita sakit yang berpanjangan dan isu-isu fizikal… destinasi-destinasi rawatan perubatan terpilih kami, yang mempunyai senarai menunggu yang pendek ataupun tidak mempunyai senarai menunggu langsung, mungkin dapat memudahkan proses perawatan anda dan juga dengan kadar segera.
7. Perkhidmatan rawat-inap yang mesra pesakit
Insuran kesihatan serta hospital awam cenderung melepas pulang para pesakit secepat mungkin untuk mengurangkan kos operasi, yang kadangkala boleh dikatakan terlalu cepat. Di destinasi-destinasi rawatan perubatan terpilih kami, anda akan dilepas pulang pada masa yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan anda, yang mana akan membantu mempercepatkan kadar pemulihan anda dan mengurangkan kemungkinan berlakunya komplikasi pasca-pembedahan.
8. Pengalaman baru
Ingin mencuba sesuatu yang berbeza, menikmati melawat negara yang tidak pernah anda lawati, buah-buahan eksotik, pantai-pantai, membeli-belah, bersiar-siar? Bergantung pada prosedur perubatan yang anda cari, anda mungkin mempunyai masa terluang dan peluang untuk menikmati destinasi lawatan perubatan pilihan anda, menjadikan pengalaman yang selalunya tidak menyenangkan, seperti rawat-inap di sebuah hospital, satu pengalaman yang lebih menyeronokkan, kurang tekanan dan secara keseluruhannya sesuatu yang positif, untuk anda dan teman lawatan perubatan anda.
9. Privasi
Kebanyakan orang, terutamanya mereka yang menjalani prosedur kosmetik, mementingkan privasi mereka dan tidak suka dilihat oleh kenalan, rakan sekerja, rakan atau keluarga dalam keadaan berbalut balutan luka, mempunyai kesan-kesan lebam dan jahitan. Sesetengah orang tidak mahu mendedahkan kepada orang lain bahawa mereka telah menjalani prosedur pembedahan dan ingin menyembunyikannya sehinggalah tanda-tanda pembedahan tersebut hilang. Ramai orang berasa tidak selesa meskipun untuk pergi membeli barangan keperluan dapur sewaktu dalam proses penyembuhan. Mereka tidak mahu dilihat oleh sesiapa pun. Di negara lain, seorang individu di dalam keadaan yang sama mungkin tidak terlalu peduli jika dia dilihat orang lain yang tidak dikenali. Apapun alasannya, adalah sangat tidak mungkin untuk anda bertemu dengan seseorang yang anda kenal dari negara/bandar asal anda, di lokasi yang beribu-ribu kilometer jauhnya. Oleh itu, lawatan perubatan adalah pilihan yang sesuai bagi mereka menginginkan privasi ketika dalam rawatan atau pemulihan.
1 Comments
Leave a Comment
Anda perlu log masuk untuk menghantar ulasan.
[…] Di dalam catatan blog kami yang lalu, kami telah membincangkan tentang manfaat, secara amnya, dari apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan perubatan atau lawatan perubatan. Di dalam catatan blog ini, kita akan memberikan tumpuan kepada destinasi pelancongan perubatan utama kita: Thailand. Mengapa anda memilih untuk ke Thailand (samaada Bangkok, Phuket atau destinasi lain yang difiturkan di laman web kami)? Apakah yang bagus tentang Thailand, hinggakan jutaan pesakit membuat keputusan (dan juga mereka yang berkeputusan begitu selama beberapa dekad sebelum ini) untuk pergi ke sana mendapatkan rawatan perubatan? […]