Table of Contents
10 Alasan Teratas untuk memilih Thailand sebagai destinasi lawatan perubatan anda
Di dalam catatan blog kami yang lalu, kami telah membincangkan tentang manfaat, secara amnya, dari apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan perubatan atau lawatan perubatan. Di dalam catatan blog ini, kita akan memberikan tumpuan kepada destinasi pelancongan perubatan utama kita: Thailand. Mengapa anda memilih untuk ke Thailand (samaada Bangkok, Phuket atau destinasi lain yang difiturkan di laman web kami)? Apakah yang bagus tentang Thailand, hinggakan jutaan pesakit membuat keputusan (dan juga mereka yang berkeputusan begitu selama beberapa dekad sebelum ini) untuk pergi ke sana mendapatkan rawatan perubatan?
Izinkan kami berikan maklumat lanjut, berikut adalah 10 alasan utama untuk memilih Thailand sebagai destinasi pelancongan perubatan dan untuk memahami kenapa kami di MedTravel Asia, dan jutaan orang lain, menyukainya.
1. Penjimatan kos
Pembedahan pinggul (penggantian keseluruhan bahagian pinggul) yang dijalankan di Hospital Bumrungrad, Bangkok (salah satu daripada hospital bertaraf tinggi di dunia [1][2][3][4]) akan menelan belanja kira-kira AS$19,000 (termasuk yuran pembedahan, bayaran doktor, ubat-ubatan, ujian makmal, bayaran bilik…) berbanding harga min AS$53,000 (sehingga AS$105,000) untuk pembedahan yang sama di salah satu hospital Amerika Syarikat bertaraf tinggi atau AS$41,000 min harga (sehingga AS$125,000) di satu hospital Amerika Syarikat bertaraf tinggi [5][6]. Prosedur penggantian bahagian pinggul yang sama di Australia menelan belanja harga min AS$31,000 [8][9] dan kira-kira AS$25,000 di Emiriyah Arab Bersatu. Penjimatan ini mungkin sekitar 15-85% untuk sebarang prosedur perubatan yang ada, di dalam mana-mana bidang perubatan dan pembedahan.
2. Mutu rawatan yang lebih baik
Thailand adalah negara di mana tertubuhnya sebuah hospital pertama di Asia yang menerima pengiktirafan akreditasi Suruhanjaya Gabungan Antarabangsa (JCI) dalam tahun 2002. Sejak dari itu, JCI telah menganugerahkan akreditasi mereka selain daripada pensijilan lain untuk program-program rawatan khusus kepada 55 organisasi di Thailand. Banyak hospital lain juga telah menerima pensijilan ISO. Meskipun ianya bukan program akreditasi untuk hospital, ia memberikan gambaran kepada kita tentang mutu pengurusan dan konsistensi dalam pelayanan perkhidmatan. Ramai pakar-pakar perubatan telah dilatih atau belajar di luar negara di pusat-pusat perubatan terkemuka dan pengalaman antarabangsa ini mampu memberikan anda teknik-teknik terkini dan paling selamat yang ada di dunia. Juga, ramai di antara mereka juga diiktiraf badan-badan pengelola industri perubatan untuk layak bekerja di negara-negara lain (seperti Amerika Syarikat, Jepun, Britain, Australia, Jerman …). Mereka juga mahir berbahasa Bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa lain). Namun demikian, perkhidmatan penterjemahan juga sedia ada untuk mengelak dari masaalah perbezaan bahasa.
3. Proses pemulihan yang lebih baik
Banyak faktor yang mempengaruhi dan dapat mempercepatkan dan melancarkan proses pemulihan. Di Thailand, anda akan menikmati mutu rawatan perubatan dan kepakaran yang tinggi, antara nisbah jururawat/pesakit dan nisbah doktor/pesakit yang terbaik, bilik rawat-inap untuk pemulihan dan perkhidmatan pelanggan setaraf dengan hotel bintang lima dan faktor-faktor kritikal lain yang akan berupaya mengurangkan tahap tekanan pra-pembedahan dan pasca-pembedahan. Selain daripada itu, selepas anda dilepas pulang, anda boleh meneruskan dengan proses pemulihan anda di hotel-hotel yang menawan dan anda akan berkesempatan untuk menikmati keindahan negara Thailand. Ini bergantung pada prosedur rawatan perubatan yang anda jalani, yang mungkin memberikan sedikit limitasi. Tapi yang pastinya, ia lebih baik daripada melalui proses pemulihan di rumah, yang mempunyai beban kerja rumah dan kehidupan seharian, lantas pemberian istilah “percutian perubatan” yang kadang-kadang digunakan untuk merujuk kepada pelancongan perubatan.
4. Rawatan-rawatan khusus
Ada beberapa prosedur mungkin tidak terdapat di negara anda tetapi ada di Thailand, contohnya teknologi sistem reproduktif atau rawatan terapi sel tunjang. Ada prosedur lain secara meluas hanya diamalkan di Thailand (contohnya, rawatan Pertukaran Jantina dan prosedur-prosedur pembedahan kosmetik). Ini adalah kerana para pakar bedah di negara ini mempunyai pengetahuan dan kepakaran serta pengalaman yang tinggi kerana mereka telah memberikan rawatan kepada jumlah pesakit yang jauh lebih banyak berbanding di negara anda. Untuk rawatan lain, Thailand dan rangkaian hospital-hospitalnya mempunyai peralatan terbaik dan terkini (pembedahan robotik, rawatan kanser, rawatan anti-penuaan, …), terima kepada pelaburan awam dan swasta di dalam industri perubatan sejak sedekad yang lalu. Bilamana ia digabungkan dengan pengetahuan terkini dan kemahiran para pakar perubatan, hospital-hospital di Thailand adalah di antara yang terbaik di dunia.
5. Tempoh menunggu yang lebih singkat
Negara Thailand telah berjaya merumuskan sistem pelayanan perkhidmatan yang mempunyai waktu menunggu yang paling singkat ataupun bahkan ada yang tidak mempunyai senarai menunggu langsung . Ini akan menjimatkan masa menunggu, tekanan perasaan, terpaksa menahan kesakitan dan kemungkinan mengalami kesan-kesan negatif akibat menunggu waktu yang lama untuk mendapatkan rawatan. Mengambil rawatan menggantikan pinggul secara keseluruhan sebagai contoh sekali lagi, tempoh menunggu di Australia untuk prosedur ini adalah 69-167 hari bergantung kepada keadaan pesakit, dengan 1.7-16.2% daripada pesakit terpaksa menunggu lebih dari 365 hari! [10] Di Britain, purata masa menunggu adalah 78 hari dan di Kanada, 42-178 hari bergantung pada wilayah. [11]
6. Perkhidmatan rawat-inap yang mesra pesakit
Di Thailand, anda akan dilepas pulang pada masa yang paling sesuai untuk keadaan anda, membantu mempercepatkan kadar pemulihan anda dan mengurangkan risiko berlakunya komplikasi pasca–pembedahan. Di negara-negara lain, pihak hospital awam dan swasta serta syarikat insuran akan cenderung memendekkan waktu rawat-inap untuk menjimatkan kos operasi.
7. Pengalaman baru
Anda suka makanan? Negara Thailand mempunyai industri makanan yang luar biasa dan sentiasa berkembang. Ia adalah negara tuan rumah kepada beberapa restoran yang terunggul di Asia dan di Dunia, dengan pelbagai pilihan sajian. Anda ingin merasa bertenaga, bermeditasi dan bertafakur ala Buddha Thailand? Bangkok sendiri mempunyai lebih daripada 400 kuil Buddha. Anda suka cuaca tropika dan pantai? Anda akan dapati yang terbaik di dunia di Thailand. Anda mempunyai banyak sebab untuk melancong ke negara ini, menikmati pelbagai pengalaman dan bermacam-macam jenis makanan. Semuanya ini, anda boleh menikmati bersama teman perjalanan anda atau dengan ahli-ahli kumpulan rombongan anda.
8. Prosedur imigresen yang mudah
Pemegang pasport dari 49 negara dibenarkan untuk melawat Thailand sehingga 15-30-90 hari tanpa perlu memohon visa (Skim Pengecualian Visa). Sejak tahun 2013, para pelancong dari Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriyah Arab Bersatu dibenarkan untuk melawat Thailand untuk rawatan perubatan sehingga 90 hari tanpa visa [7].
9. Rangkaian Perkhidmatan
Banyak negara menawarkan rawatan perubatan khusus untuk pelancong perubatan, tetapi mereka biasanya tertumpu pada rawatan tertentu dan biasanya lebih fokus kepada bidang pembedahan plastik (seperti negara Turki untuk rawatan pemindahan rambut, Eropah Timur untuk rawatan pergigian, Amerika Selatan untuk pembedahan kosmetik). Di Thailand, banyak hospital dan klinik swasta dengan struktur dan peralatan inovatif mereka berupaya menyediakan khidmat para pakar perubatan yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang kepakaran di bawah satu bumbung. Ini membolehkan anda untuk menjalani beberapa prosedur rawatan tanpa perlu berpindah dari satu negara ke negara lain. Juga, sepertimana yang telah kami nyatakan, dan kami tidak akan berhenti mengulanginya, kualiti rawatan perubatan di negara Thailand bukanlah pada tahap purata atau di bawah purata, sebaliknya ia adalah pada tahap atas purata dan pada umumnya adalah yang terbaik!
10. Layanan Istimewa Budaya Thailand
Perkhidmatan pelanggan adalah permata mahkota untuk industri perubatan Thailand dan negara Thailand, secara umumnya. Itulah sebabnya, ia sering dikenali sebagai “Negara Penuh Senyuman“. Sama ada anda berada di hospital atau di klinik, di hotel, di restoran, di jalanraya, di dalam pesawat, di pusat membeli-belah, … anda akan dikelilingi oleh orang-orang yang benar-benar suka tersenyum, baik hati, suka membantu dan bersikap peduli dengan orang lain. Sebagai salah sebuah negara yang paling banyak dikunjungi pelancong di dunia, dengan lebih daripada 35 juta pelancong antarabangsa memilih Thailand sebagai destinasi pelancongan mereka, negara Thailand akan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam industri perhotelan.
[1] Forbes.com: goo.gl/SWMqqY
[2] Therichest.com: https://goo.gl/7Q0M36
[3] Topmastersinhealthcare.com: https://goo.gl/HLRhCt
[4] Ontoplist.com: https://goo.gl/ocFqFl
[5] Bumrungrad.com: https://goo.gl/l5CkN3
[6] JAMA (The Journal of the American Medical Association): https://goo.gl/siGUCY
[7] ITMJ (International Medical Travel Journal): https://goo.gl/i5Y7MS
[9]The Medical Journal of Australia
[10] http://www.quotidianosanita.it/allegati/allegato2476022.pdf
[11] https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0168851013001759